Sourdough Starter

Assalamualaikum

Sourdough starter


Alhamdulillah...hari ni berjaya memberi makan pada sourdough starter (feed the sourdough starter).

Sebab botol yang lama agak besar, saya menukarnya kepada botol yang lebih kecil, lebih jimat ruang peti ais untuk menyimpan. InsyaAllah.

Saya menggunakan formula ini untuk sourdough starter saya.

  • Original starter : 40gm
  • Tepung roti/ bread flour : 40gm
  • Air: 40gm
Selepas itu, biarkan selama 3 hingga 4 jam (atau starter tu naik 3x ganda dari yang asal).


Lepas naik 3x ganda, bolehlah guna starter itu untuk membuat sourdough bread (mengikut resipi masing-masing), atau simpan di dalam peti ais.

Feeding schedule saya adalah antara 1 minggu ke 2 minggu. Maksudnya, setiap 1 hingga 2 minggu saya harus 'memberi makan' (feed the starter) seperti proses di atas.

Discard? Apa kah yang dinamakan discard? Discard adalah lebihan tepung yang kita tidak gunakan untuk feeding proses seterusnya.

Contohnya, semasa feeding process, starter yang ada dalam botol ada sebanyak 100gm, saya harus mengeluarkan sebanyak 60gm kerana untuk feeding process, saya hanya memerlukan 40gm saja.

Jadi, apa yang berlaku pada 60gm starter yang kita keluarkan tadi? Kalau nak buang sayang pula. Harga tepung pun dah mahal. Jadi saya gunakan untuk masak masakan yang berasaskan tepung seperti cekodok atau lempeng. Nak buat cookies pun boleh.



Begitulah prosesnya setiap 1 hingga 2 minggu. Semoga terus istiqomah dan starter saya cukup makan serta hidup gembira. InsyaAllah. Aamiin.


Comments