Adakah Blog Masih Relevant

 Assalamualaikum...

Adakah blog masih diminati?
Masih ramaikah orang membaca blog?


Jawapan saya masih relevant. Kalau kita mencari sesuatu maklumat, masih boleh mencari informasinya melalui blog.

Selain daripada mencari informasi, pada pendapat saya, blog adalah satu diary atau catatan hidup..😍. Bestkan bila dapat berkongsi cerita dan pengalaman. Sekurang-kurangnya untuk bacaan anak cucu.


Saya juga suka berkongsi gambar-gambar yang dirakam, tidak kiralah ketika berjalan-jalan atau dalam kehidupan seharian. Tidak dinafikan, sekarang kita ada banyak platform lain separti tiktok, instagram, facebook, youtube dan lain-lain. Tapi bagi yang nak kongsi gambar sambil nak bercerita (secara penulisan), blog juga boleh menjadi pilihan terbaik.


Panjang pula bercerita kali ni. Tapi lain kali nak cerita lagi...hihi
Sekian. Wasalam...


Comments