Minimalis
Assalamualaikum
Apa aktiviti masa cuti?
Saya sempat mambaca sebuah buku - masih belum habis lagi. Tapi buku dah comot siket sebab dibawa ke sana ke mari...😁
My personal view:
Bagus juga buku ni, kerana membuka minda dan melihat sekeliling rumah (terutamanya).
Adakah semua barang-barang yang ada di sekeliling kita semuanya diperlukan?
Atau sebahagian saja yang perlu ada? Yang lain tu sebenarnya untuk buat ada-ada.
Maka boleh la kita fikir, perlu atau tidak. Kalau barang tersebut tiada, adakah hidup merasa ada kekurangan, adakah ruangan kita menjadi lapang, sedap mata memandang dan hidup lebih tenang?
Kalau sememangnya tidak perlu, lebih baik kita kemas dan sedekah pada orang lain (jika masih elok dan boleh digunakan) atau buang saja.
Maka rumah lebih lapang dan tidak mengambil banyak masa untuk dikemas.
Jujur, bila baca buku ni, ada juga memberi kesan. Bila rasa nak beli barang, kita fikir dan fikir lagi. Perlu atau tak? Kalau tak ada, adakah hidup merasa kekurangan. Kalau ada, di mana nak letak. Adakah ruangan kita akan menjadi sempit dan sesak mata memandang.
Begitulah. Semoga ini juga adalah salah satu teknik penjimatan dan hidup menjadi lebih tenang. InsyaAllah.
"Bebaskan diri daripada terperangkap dengan keinginan norma yang tiada batasan" - petikan dari buku Minimalis, Faridah Ghazali
Comments
Post a Comment