Nilai Ucapan Terima Kasih

 Assalamualaikum..


Dalam satu hari, berapa kali anda ucapkan terima kasih?



Terima kasih adalah satu ungkapan yang sering kita dengar dan sebut. Namun, mungkin kerana sudah menjadi terlalu biasa, sesetengah orang menganggap ianya tidak memberi apa-apa makna......

Sebenarnya ucapan terima kasih dapat memberi kesan positif pada si pemberi dan penerima. Si pemberi akan dapat membentuk moral yang lebih baik dalam perhubungan sosial manakala  si penerima akan merasa dirinya lebih dihargai.

Ucapan terima kasih selalu dikaitkan dengan aspek adab dan kesopanan. Sebab itu, sejak dari kecil lagi kita telah diajar untuk memberikan ucapan terima kasih kepada sesiapa pun yang telah menolong atau memberikan sesuatu kepada kita. 

Namun begitu, kadang-kadang kita terlupa untuk mengucapkan terima kasih kepada sesuatu yang dianggap kecil, tetapi besar maknanya dalam kehidupan seharian. Contohnya kepda orang-orang yang secara tidak langsung telah melancarkan urusan harian kita seperti baby sitter anak, kakak cleaner di office, security guard dan penjaga parking. Walaupun mereka menerima bayaran di atas pekerjaan yang mereka lakukan, dengan ucapan terima kasih, sekurang-kurangnya akan membuat mereka rasa lebih dihargai.

Mungkin juga kerana sudah terlalu biasa untuk mengucapkan terima kasih kepada orang lain, kita terlupa untuk mengucapkan terima kasih pada orang-orang yang paling hampir dengan kita seperti ayah, ibu, suami, isteri, anak dan sebagainya. Usahlah menganggap apa yang mereka lakukan itu hanya sekadar memenuhi tanggungjawab atau melaksanakan rutin harian. Pandanglah ia sebagai satu penghargaan dan seharusnya diucapkan dengan jutaan terima kasih.

Dan akhir sekali, jangan lupa untuk mengucapkan terima kasih dan syukur kepada Allah SWT kerana telah menjadikan kita dan membolehkan kita masih terus bernafas hingga ke hari ini.
Syukur Alhamdulillah

Sekian. Wassalam.

p/s : saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada para pembaca dan kawan-kawan yang sudi singgah di sini..... :)

Sumber: pelbagai









Comments