Kenali Personaliti Melalui Warna
Assalamualaikum
Tahukah anda bahawa warna juga menggambarkan personaliti. Warna merah, hijau, kuning, ungu, merah jambu, putih dan biru, semuanya ada makna yang tersendiri.
Merah : Red Hot Ruby
Merah tanda berani. Gadis yang sukakan warna ini memiliki personality menarik dan sukar dijangka. Mereka pantang dicabar. Mereka juga mempunyai sifat anggun dan seksi semulajadi. Tetapi ada yang mengatakan bahawa golongan ini adalah emotional.
Hijau : Cool Green Emerald
Golongan ini sukakan keamanan dan alam semulajadi. Selalunya mereka bersifat tenang dan tidak mudah panik. Warna hijau melambangkan kesegaran. Biasanya golongan ini bersifat low profile. Tapi awas....warna hijau selalu dikaitkan dengan sifat cemburu.
Kuning : Be My Sunshine
Mereka adalah golongan yang sangat ceria, easy going dan happy go lucky. Peminat warna kuning ini biasanya memang sangat sinonim dengan senyuman dan gelak ketawa. Mereka adalah golongan yang berwawasan tinggi dan bijak untuk membuat keputusan.
Ungu : Still A Mystery
Warna ini menggambarkan kemewahan dan romantik. Sesetengah orang mengatakan bahawa golongan yang sukakan warna ungu sangat misteri. Golongan ini pandai menawan hati orang lain. Namun, tidak ramai yang dapat mendekati golongan ini kecuali mereka yang dipercayai sahaja
Merah Jambu : Pretty In Pink
Adik manis!!!!. Mereka sukakan fesyen dan ingin tampil cantik. Ibarat dalam hati ada bunga, mereka suka menunjukkan sifat feminin. Golongan ini suka menolong orang dan mengambil berat tentang orang-orang disekelilingnya.Putih : My Snow White
Mereka ini mahukan gaya hidup yang sederhana. Antara ciri penting untuk peminat warna putih adalah amanah, anggun dan tidak sombong. Mereka juga bersikap matang dan optimistik. Peminat warna putih juga dikatakan sangat suka menolong orang lain.
Biru : Heart of the Ocean
Biru digambarkan sebagai ketenangan dan inspirasi. Mereka adalah golongan yang kreatif dan berpesonaliti menarik hingga boleh membuatkan ramai orang tertawan. Ada orang mengatakan bahawa peminat warna biru adalah golongan yang sukakan kesenian. Mereka juga adalah orang-orang yang sangat penyanyang.
Apa pula warna kegemaran anda?
Sekian. Wassalam.
Sumber info & gambar : google
Comments
Post a Comment