Sanggupkah Berkorban
Sejauh manakah kita sanggup berkorban?
Setelah anak itu sanggup berusaha bersamanya, berkata Ibrahim kepadanya “Wahai Anak ku, sesungguhnya aku bermimpi (di dalam tidur), bahawa aku menyembelih mu, maka perhatikanlah, bagaimana pendapat mu? Ismail berkata “Wahai bapaku, lakukanlah apa yang diperintahkan kepada mu. Kelak engkau akan mendapati ku termasuk dalam orang-orang yang sabar (In Shaa Allah) -As Saffat: 102
Kebanyakan orang hari ini merasakan bahawa mereka telah pun berkorban dan melaksanakan ‘tugas’ sebagai seorang Islam dengan menyembelih kambing, lembu, kerbau dan yang sewaktu dengannya. Benar, ianya adalah satu ibadah dan in shaa Allah akan memudahkan urusan kita ‘di sana’ kelak.
Tapi ada lagi pengajaran yang perlu kita hayati daripada kisah Nabi Ibrahim a.s dan anaknya Nabi Ismail a.s.
Baginda dan anaknya bersedia melaksanakan perintah dan suruhan daripada Allah dengan patuh dan sabar serta tidak mempersoalkan kenapa perintah itu perlu dilaksanakan.
Bagaimana pula dengan kita hari ini?
Adakah kita telah melaksanakan segala perintah Nya dengan patuh atau kita masih mempersoalkan:
- Kenapa kita perlu laksanakan Hudud?
- Kenapa kita wajib menutup aurat?
- Kenapa kita harus menyokong segala urusan jual beli yang berasaskan riba’?
Mungkin ada banyak lagi perkara ‘bertentangan’ yang berlaku dalam kehidupan kita sehari-hari. Dan adakah kita sanggup ‘berkorban’ demi melaksanakan perintah dan suruhan-Nya?
Comments
Post a Comment