Bintang Di langit
Assalamualaikum
"This evening late, i went to the door, and then to the gate, there were more stars...and more"
Biasa melihat bintang di langit?...Cantikkan..
Kalau dulu bintang menjadi petunjuk dalam perjalanan atau pelayaran, kini, kajian ke atas bintang telah menjadi "petunjuk" kepada kebesaranNya.
"Kami telah menciptakan gugusan bintang (di langit) dan Kami menghiasi langit itu bagi orang yang memandangnya" - Al Hijr,16
'Allah jualah yang menciptakan langit dan bumi (dengan segala keindahannya); dan apabila ia berkehendakkan sesuatu, maka ia hanya berfirman kepdanya "Jadilah engkau", lalu menjadilah ia" - Al Baqarah 117
Kalau kita melihat ke langit malam, ada berjuta-juta bintang. Namun, kebanyakannya adalah terlalu jauh untuk dilihat walaupun dengan teleskop. Ianya mungkin hanya kelihatan seperti satu titik yang bersinar di langit malam. Bintang sebenarnya tidak bertaburan sekata di alam semesta, tapi biasanya bergugusan di dalam galaksi bersama-sama gas dan debu antara bintang.
Secara saintifiknya, bintang adalah sfera gas yang menyala-nyala pada suhu yang amat tinggi. Bintang yang paling panas adalah bintang biru dan suhunya mencecah sehingga 28 000 darjah celcius. Suhu bintang merah adalah lebih rendah iaitu kurang 2800 darjah celcius, manakala matahari dan bintang kuning adalah 5500 darjah celcius.
Selain dari suhu dan warna, jenis-jenis bintang juga boleh dikenali melalui kecerahan, jisim dan ketumpatan, komposisi kimia dan juga saiz. Jika kita lihat, ada bintang yang bersaiz kecil dan ada juga yang amat besar serta mempunyai saiz 1000 kali ganda dari matahari.
Menurut sejarah, orang-orang Arab adalah antara golongan yang terawal menggunakan pelbagai peralatan untuk mengkaji dan mengukur kedudukan bintang dan planet. Tidak dinafikan, memang banyak bintang-bintang yang berasal dari nama arab seperti Algol, Zubenelgenubi, Ar-Rukbah dan lain-lain lagi.
Kerana keindahan bintang, ia juga dikaitkan dengan kata-kata indah, digunakan sebagai perumpamaan dan menjadi sebahagian dari lirik lagu... Contohnya:
" Bagai bulan di pagar bintang" - Seperti seorang gadis, di kelilingi oleh gadis-gadis cantik yang lain.
"Bintang hati" - Orang kesayangan atau kekasih.
"Antara bintang beribu, manakan sama bulan yang satu" - oppss!!..yang ni lebih pasal bulan sebenarnya :D :D
"Twinkle, twinkle little stars, How i wonder what you are, Up above the world so high, Like a diamond in the sky" - yang ni kalau tak tau...memang saje aje tau!
* saya cuba mencari puisi tentang bintang, tapi tak jumpa yang sesuai...kalau nak buat puisi sendiri, memang ke laut la jawab nyer...huhu..
Bintang juga menjalani lingkaran hidup seperti makhluk lain ciptaan Allah. Ia akan bersinar dan semarak sementara. Walau bagaimanapun cahaya bintang akan hilang bila tiba waktunya. Ada juga kajian yang menyatakan bahawa jangka hayat bintang bergantung pada bekalan hidrogen dalam terasnya...Bintang yang sudah tua, akan terpupus, menurut kehendak Allah
"Apabila bintang-bintang telah hilang cahayanya" - Al-Mursalat, ayat 8
Bila semakin banyak kita tahu tentang bintang dan alam semesta, seharusnya kita menjadi semakin kagum dengan kekuasaan dan kebesaranNya.
Saya percaya, penemuan-penemuan tentang bintang yang sedia ada datangnya dari ilmu yang masih terbatas dan pastinya ada banyak lagi perkara yang belum kita ketahui. Sesungguhnya alam langit itu penuh dengan keajaiban....Wallahu'alam
Sekian. Wassalam.
Rujukan utama:
majalah-I.karangkraf.com (bintang)
Gambar : google/search
Comments
Post a Comment