Sebentuk Cincin Permata Berlian
Diamond is a girl’s best friend ….
Biasa dengar ungkapan itu? Pepatah itu sering disebut bagi menggambarkan betapa akrabnya wanita pada batu berharga ini.
Gambar: Ihsan Google
Bagi sesetengah orang pula, berlian adalah satu keabadian, sesuai dengan ungkapan “A diamond is forever” yang dipopularkan oleh De Beers, sebuah syarikat pengeluar berlian terkemuka di dunia. Mungkin kerana itu jugalah berlian turut dikaitkan dengan perkara atau peristiwa penting, contohnya sebagai cincin lamaran, cincin pertunangan, cincin perkahwinan dan juga hadiah ulang tahun perkahwinan.
Ada juga orang mengatakan bahawa berlian adalah simbol cinta. Pernah berlaku seawal tahun 1477, ketika Archduke Maximillian mempersembahkan sebentuk cincin berlian kepada tunangnya Mary dari Burgundy sebagai lambang cintanya. Cincin itu kemudiannya dipakai di jari manis, tangan sebelah kiri, yang dipercayai terletaknya vena amoris atau the vein of love (urat cinta) yang akan berakhir di hati. Emmmmm….saya baru tahu fakta ini J
Bagi anda yang ingin memilih cincin berlian sebagai hadiah untuk yang tersayang, berikut adalah beberapa panduan mengenai kualiti berlian yang perlu dikenalpasti. Ia dinamakan kaedah 4C iaitu colour (warna), carat (karat), cut (potongan) dan clarity (kejernihan).
Gambar: Ihsan Google
Gambar: Ihsan Google
1. Color atau warna
Semakin jernih warna berlian, semakin tinggilah kualitinya.
2. Carat atau karat
Berlian dinilai berdasarkan karat atau beratnya. Tetapi tidak semua berlian dangan ukuran besar adalah lebih baik dan mahal. Berlian dengan karat yang lebih kecil mungkin lebih mahal jika diambil faktor-faktor lain seperti warna, kejernihan dan potongannya.
3. Clarity atau kejernihan
Semakin sedikit kerosakan pada berlian, semakin sempurna cahaya yang dipantulkan. Jika dirujuk pada gambar di atas, semakin ke bawah, semakin kuranglah kualitinya.
4. Cut atau potongan
Jika potongannya berkualiti, berlian akan memantulkan cahaya yang sempurna. Untuk menguji kualitinya, lihatlah berlian dari atas, dengan itu, pantulan sinarnya boleh dilihat dengan jelas.

Sumber: website Hearts on Fire
Ramai orang tahu bahawa berlian adalah antara batu yang tercantik di dunia dan mempunyai kelasnya yang tersendiri. Berlian mampu memancarkan keindahan, kemewahan dan gaya yang tersendiri bagi si pemakai. Maka, tidak hairanlah jika ia menjadi idaman ramai wanita.
Namun begitu, pendapat peribadi saya, tidak semestinya berlian sahaja yang boleh menjadi lambang cinta. Dan saya juga tidak pasti, adakah dengan hanya menghadiahkan sebentuk cincin berlian, ianya boleh membahagiakan seseorang wanita hingga ke akhir hayat.
(Tapi..jika orang tersayang bagi..mestilah saya ambil dan pakai...hehe :D )
(Tapi..jika orang tersayang bagi..mestilah saya ambil dan pakai...hehe :D )
Pendapat anda pula bagaimana?
Sekian. Wassalam
Comments
Post a Comment