Sedetik Lebih
Assalamualaikum
Entri kali ini tiada kaitan dengan lagu Anuar Zain!Mungkin ramai yang tidak tahu tentang peristiwa sejarah dunia yang dicipta oleh Tun Dr Mahathir.....iaitu 'mencuri' masa manusia dengan mempercepatkan waktu 30 minit di Semenanjung Malaysia untuk disamakan dengan dengan waktu Sabah dan Sarawak pada 11.30 malam, 31 Disember 1981.
Peristiwa itu telah disaksikan oleh jutaan manusia di televisyen apabila jam di Bangunan Sultan Abdul Samad 'dipusingkan' setengah jam!
Alasan Tun Mahathir ketika membuat keputusan untuk mempercepatkan masa di Semenanjung adalah untuk beri lebih banyak masa siang (daylight saving). Selain daripada itu, perubahan waktu juga dilaksanakan untuk memudahkan urusan rasmi bagi kedua tempat yang dipisahkan oleh Laut China Selatan. Waktu tersebut juga adalah sama dengan bandar-bandar besar lain seperti Hong Kong, Manila dan Beijing.
Kerana tindakan Tun itu juga Singapura telah mengkaji dan menyelaraskan waktu mereka sama dengan Malaysia.
Sebelum itu, waktu di Indonesia hanya 30 minit lewat dari Malaysia, tapi sekarang perbezaan waktunya telah menjadi 1 jam.
Dulu saya sering tertanya-tanya, kenapa waktu berbuka rakan-rakan saya di Sabah dan Sarawak lebih cepat berbanding di sini. Mana tak nya..mereka berbuka puasa pada sekitar jam 6.30 pm sedangkan saya menunggu sehinga jam 7.30 pm baru boleh berbuka puasa!
Selain dari faktor kedudukan, rupa-rupanya ini adalah antara sebab utama...huhu
Sekian. Wassalam.
Rujukan utama : radiuse.blogspot.com
Gambar: Swiss Watch Gallery (edited by Idah)
Comments
Post a Comment