Orang Baik

 




MENGAPA ORANG BAIK SERING KALAH?
Kerana orang baik tidak menghalalkan segala macam cara untuk meraih kemenangan.

MENGAPA ORANG BAIK SERING DISAKITI?
Kerana orang baik selalu mendahulukan orang lain. Dalam ruang kebahagiaannya, ia tidak menyediakan untuk dirinya sendiri, kecuali hanya sedikit.

MENGAPA ORANG BAIK KERAP TERTIPU?
Kerana orang baik selalu memandang orang lain tulus seperti dirinya. Tidak ada sedikit pun prasangka buruk bahawa orang yang ia pandang penyayang mampu mengkhianatinya.

MENGAPA ORANG BAIK SERING DIHINA?
Kerana orang baik tidak pernah mahu membalas. Ia hanya menerima, walaupun bukan  dia yang memulakan perkara atau sengketa.

MENGAPA ORAG BAIK SERING MENITISKAN AIR MATA?
Kerana orang baik tidak suka menceritakan masalahnya kepada orang lain. Ia sudah terbiasa mengubati sendiri kesedihannya dan percaya, pada suatu saat, Allah akan membalas kesabarannya.

MENGAPA ORANG BAIK SERING DISINGKIRKAN?
Kerana dalam sistem yang buruk dan kejam, tidak ada tempat untuk orang baik. Mereka hanya layak berada dipinggiran.

JADI...ADAKAH MENJADI ORANG BAIK ITU RUGI DAN SIA-SIA?
Tidak. Tetaplah menjadi orang baik kerana ukuran suksess dan bahagia didunia ini adalah subjektif. Orang baik pasti berjaya dan bahagia.

ORANG BAIK TIDAK PERNAH MEMBENCI ORANG ATAU MAKHLUK YANG MELUKAINYA.
Kerana orang baik selalu menganggap segala yang berlaku adalah kehendak Allah. Bagaimanakah mahu melawan kehendak-Nya? Sebab itulah orang baik tidak memiliki ruang dendam dalam kalbu dan sanubarinya....

Jika engkau buka ruang di hati orang-orang yang baik, akan engkau temukan banyak doa, kasih sayang dan tali persaudaraan yang dimilikinya


Sekian. Wassalam.

sumber: Perkongsian sahabat di wa group.
Telah dikongsikan beberapa hari lalu oleh seorang sahabat. Sebab agak panjang, baru berkesempatan untuk menulisnya di sini. Moga bermanafaat untuk kita semua.


Comments