Nostalgia Handphone Nokia 3310
Kisah mencari handphone yang tak guna touch screen. Jenuh jugak nak mencari dan akhirnya jumpa dengan model ini.
Nasib baik ada di sebuah kedai di Bandar Temerloh.
Jangan ingat model lama tak berguna.
Walaupun fesyen lama, tak bergaya, dan tak canggih macam handphone model terkini, ianya tetap berguna.
Jangan lupa yang handphone model ni pernah menjadi antara handphone yang popular sekitar tahun 2000.
Sekali pandang, memang nostalgia sungguh...
Rupa sama macam model nokia 3310 yang lama, cuma versi baru ni agak nipis siket.
Kenangan dulu (sekitar tahun 2001), saya gi kerja (outstation) di Pulau Pinang. Tiba-tiba handphone saya rosak dan langsung tidak boleh digunakan. Satu masalah besar untuk saya ketika itu kerana tidak boleh menghubungi keluarga di rumah. Nasib baik ada kawan yang nak tolong temankan cari dan beli handphone baru. Siap pinjam duit dia kejap sebab Akak tak bawak cukup duit...huhu
Dan model inilah yang menjadi pilihan.
Untuk sahabat saya tu, terima kasih banyak-banyak. Semoga sentiasa murah rezeki..aamiin
Tu aje nak cerita...
Sekian. Wassalam.
Comments
Post a Comment