ASB dan Tabung Haji - Di Mana Orang Melayu Simpan Duit?
Assalamualaikum
10 tahun dulu boss saya pernah bertanya kenapa tak ramai orang Melayu yang simpan duit dalam fixed deposit (FD) account?.
Padahal pada masa itu sudah banyak produk akaun simpanan yang patuh Shariah di tawarkan oleh bank-bank yang berkonsepkan Islam. Mengapa akaun simpanan yang sebegini (kadar keuntungannya dalam 2% ke 4% bergantung pada maturity period) masih tidak dapat menarik minat orang Melayu atau orang Islam?
Jawapan saya pada masa itu mungkin kerana orang Melayu lebih suka simpan duit dalam ASB (amanah saham bumiputera) atau mana-mana amanah saham yang lain. Mana tidaknya, ASB menjanjikan dividend sehingga 8%. Selain daripada itu, akaun Tabung Haji juga menjadi pilihan. Selaras dengan penubuhannya untuk membantu umat Islam menunaikan fardu haji dengan simpanan tanpa riba', institusi ini menawarkan pulangan
yang agak tinggi (sekitar 5% setelah ditolak zakat - pada masa itu).
Antara sebab lain adalah kerana prosesnya lebih mudah. Simpanan boleh dibuat melalui bank-bank yang menjadi agen atau boleh juga dibuat melalui potongan gaji. Lagipun, pendeposit tidak perlu untuk sentiasa mengkaji keadaan ekonomi dan pasaran semasa bagi memastikan pelaburan atau simpanan mereka selamat dan memberi keuntungan kerana semuanya dijamin oleh kerajaan (in Shaa Allah). Maka tidak hairanlah mengapa melabur di ASB dan menyimpan di Tabung Haji tetap menjadi pilihan dan berada di hati orang Melayu dari dulu.
Tapi sekarang? Komen susah..tak komen pun susah :(
Semoga ASB dan Tabung Haji tetap akan meningkatkan prestasi dan integritinya sebagai institusi yang menjadi pilihan serta mendapat kepercayaan orang-orang Melayu.
Sekian. Wassalam.
Comments
Post a Comment