Kundasang Sabah
Assalamualaikum...
Kali terakhir ke Kundasang, Sabah adalah pada tahun 2014.
Kundasang memang sangat cantik. Udara pun segar. Sangatlah sesuai untuk pergi healing.
Kami dapat bermalam (1 malam) di sana di Kinabalu Pine Resort. Kami memilih Deluxe Room. Harga bilik untuk satu malam adalah RM330. Berbaloi juga saya rasa, sesuai dengan facilities dan view (Gunung Kinabalu dan sekitarnya) yang cantik. Suasana siang dan malamnya pun best.
![]() |
View from our room |
Biliknya juga selesa. Malam, kami makan di resort saja. Mahu menikmati pemandangan di sekitar resort. Nak menghirup udara gunung yang segar. Di situ ada disediakan cafe untuk makan malam. Banyak juga pilihan makanan dengan harga yang berpatutan. Pagi esoknya kami sarapan di hotel (pakej).
Gunung Kinabalu pun dapat dilihat dengan jelas dari resort.
Alhamdulillah. Sempat juga nak melawat ladang lembu. Cantik seperti dulu. Senang cerita, memang bestlah pergi sana...
Simpan gambar untuk kenangan.
Comments
Post a Comment