Pulau Besar Mersing

August 2023, tercapai juga hajat kami untuk ke Pulau Besar, Mersing.

Sunset di Pulau Besar, Mersing

Hasrat nak ke Pulau Besar dah lama tersimpan, semenjak pergi island hopping tahun 2022. Masa tu singgah sebentar di Pulau Besar. Oleh kerana terpesona dengan keindahan Pulau Besar ni, kami pun buat lah perancangan. Alhamdulillah. Allah mudahkan.


Pemandangan hijau di bahagian belakang resort

Pulaunya memang cantik. Sunsetnya mempesona. Udaranya bersih, jauh dari pencemaran. Kalau lah saya kaya raya dan boleh memiliki sebuah pulau...huhu..(aamiin)


Bilik kami di Aseania Beach Resort

Kami ambil pakej 3 hari 2 malam dan menginap di Aseania Beach Resort. Harga untuk seorang adalah RM620. Kami ambil 2 chalet, sebab kami berempat. 

Salah satu pemandangan indah di Pulau Besar

Memang cantik resortnya. Pakej yang kami ambik termasuk 3x makan sehari (sarapan, makan tengah hari & makan malam). InsyaAllah tidak merasa kelaparan sebab makanannya sedap. Kira puas hati lah.

Dari pagi sampai ke petang boleh berendam kat laut yang hanya terletak di hadapan resort. Menjelang malam boleh tengok sunset. Tengah malam atau menjelang pagi, kalau bernasib baik, boleh tengok bintang yang bertebaran di langit. Subhanallah, cantiknya...😍

Menikmati susasana hujan di depan resort. 

Sebenarnya sebelum kami ke Pulau Besar, kami bermalam dulu di Penyabung, Mersing. Selain nak melawat Mersing, kami nak singgah dulu ke beberapa tempat menarik di Mersing seperti Pulau Mawar dan Pantai Pasir Lanun. Selain daripada itu, kami tak nak terlambat untuk naik bot ke Pulau Besar. Bot dijadualkan bergerak pada pukul 12. Kalau pagi tu baru nak bertolak dari Bangi, takut terlewat pulak. Nanti tertinggal bot, tak ke niaya Pak Karim....


Teluk Penyabung Resort

Kami bermalam di Teluk Penyabung Resort. Kami menempah 2 bilik (Bilik Royal Sabung). Harga 1 malam untuk bilik tersebut adalah RM250/ per bilik.

Alhamdulillah. Puas hati dengan layanan dari pihak resort. Facilities nya juga antara yang terbaik di Mersing. Sarapan juga di sediakan. Resortnya juga dalam 30 minit perjalanan untuk ke Jeti Mersing. Jadi tidak lah terburu-buru. Masih boleh bersantai-santai lagi pagi sebelum bertolak ke Pulau Besar.

Pemandangan dari tepi resort

Alhamdulillah...semua urusan perjalanan dimudahkan. Anak-anak semua gembira. Semoga dapat kembali lagi ke Mersing.

Sekian.


Comments