Ketupat dan Pressure Cooker
Assalamualaikum
Oleh kerana ini kali pertama buat ketupat seorang diri (dulu-dulu buat bersama awrah Abah), saya catatkan di sini sebagai kenangan
Lagi pun ini kali pertama saya cuba try test masak ketupat menggunakan pressure cooker.
Dari mencari daun, menanyam daun ketupat, masukkan beras dalam ketupat yang telah dianyam, hinggalah memasaknya.
Saya menggunakan function 'rice'. Tapi kena ulang prosesnya 2x bagi memastikan ketupat betul-betul masak.
Cuba jaya orang kata...
Alhamdulillah. Boleh dikatakan menjadi walau keras sedikit. Mungkin sebab saya masukkan beras banyak sangat kot. Selalunya part tu, arwah abah yang buat.
Bolehlah untuk dijadikan juadah untuk hari raya..
Comments
Post a Comment