Tanjung Resang Mersing Johor
Assalamualaikum
Alhamdulillah. Hujung minggu lepas berkesempatan ke Mersing, Johor kerana urusan keluarga. Dah alang-alang ke Mersing, singgah kejap di Tanjung Resang.

Antara tempat yang saya suka sangat pergi kalau ke Mersing adalah Tanjung Resang. Saya suka tengok pantainya yang cantik.

Selain daripada pantai, view perjalanan dari Bandar Mersing ke Tanjung Resang juga cantik. I like…

Melihat langit yang biru. Awan yang memutih diiringi oleh bunyi alunan ombak membelai belai pantai. Siapa tak suka… 😍

Jarak antara Bandar Mersing ke Tanjung Resang lebih kurang 28km. Tak jauh sangat. Lagi pun Mersing jarang ada kesesakan lalu lintas. In shaa Allah. Boleh sampai cepat.

Antara perkara yang membahagiakan adalah bila dapat melihat matahari terbit. Tak gitu Kak Leha?

Bila tiba di pasiran pantai, ombak menuju pantai merindu – Lagu Kak Nita

“Take nothing but memories, leave nothing but footprints” – Chief Seattle


Tak tau lah ni kucing siapa. Tapi relax aje dia main kat tepi pantai. Siap tido lagi 🐱
OK. Tu aje hapdate untuk kali ni. Ada rezeki dan kesempatan, in shaa Allah boleh pergi lagi.
Sekian. Wassalam.
Comments
Post a Comment