Jalan Jalan Bandung
Assalamualaikum
Sepatutnya artikel ni ditulis pada Februari lepas. Tapi Mak tak sempat… huhu. Apa-apa pun kena tulis dan tepek gambar jugak sebab Mak nak buat kenangan. Blog ni kan diary Mak.
Kali ni kisah jalan-jalan Bandung, Indonesia.
p/s: Terima kasih pada Cik Abang sebab memberi keizinan pada Mak untuk pergi ke sana.
Pergi tak lama, 3 hari 2 malam. Tapi kalau nak pergi dengan keluarga dan nak explore lebih banyak tempat di Bandung, saya rasa perlu duduk kat situ lebih lama lagi. 4 hari mungkin…
Mesti lah kan. Untuk ibu-ibu, harus ada masa yang cukup untuk bershopping. Itu belum lagi yang mau urut-urutan di Spa, selain dari melawat tempat-tempat cantik di Bandung.
DAY 1







Ada orang tanya, mana gambar masa shopping?
Gambar shopping tak ada Kak. Masa shopping kita kena fokus menguruskan perbelanjaan… Haha.
Tapi bila dah tiba tempat macam ni, beg mesti ‘beranak’ punya lah.
Saya pergi dengan satu beg, balik bawak 2 beg (tak banyak kan.. Hihi). Timbang pun tak sampai 20kg. Tapi sempat jugalah membeli baju untuk keluarga, kain batik jawa (ini main focus), blouse, kebaya, kebatat (baca: kebaya ketat) dan macam-macam lagi.
DAY 2



Sejuk ke tempat tu Kak Fiffy? Sejuk. Obersea kan.. 😆😆. Sebenarnya sejuk juga sebab masa tu baru lepas hujan. Jadi, memang harus pakai jacket.








DAY 3


Apa yang best sangat tentang Jalan-jalan Bandung?
Selain dari tempat yang ala2 sejuk, makan pun best. Nak solat juga mudah kerana di restoran yang besar, ada surau disediakan (maksudnya, kalau keluar pagi, nak balik malam pun tak ada masalah sebab ada tempat untuk bersolat yang selesa).
Perkhidmatan Pak Supir juga tip top. Ada kenderaan disediakan sepanjang kami di sana. Cakap saja mau ke mana, nanti boleh dihantarin oleh Pak Supir.
Masa bershopping di Pasar Baru juga, ada yang tolong bawa kan barang (sekali pakej dengan perkhidmatan Pak Supir). Jadi Akak2 boleh fokus untuk memilih dan membeli barang saja, sebab barang yang dah dibeli (beratnya berkati kati dan berkilo kilo) semuanya ada yang tolong bawakkan. Harga perkhidmatan juga amat berpatutan.



Statement paling jujur…, saya suka sangat Bandung. Semuanya best. Kalau ada rezeki, in shaa Allah, nak pergi lagi. Bisa kann…
Sekian. Wassalam.
Comments
Post a Comment