My Sewing Diary

 Assalamualaikum

Rasa dah lama tak update aktiviti menjahit.
Rindu pulak pada peralatan-peralatan ni.

Lately memamg sibuk siket, jadi production slow, cuma dapat jahit beberapa bijik beg saja.

Sebenarnya menjahit ni boleh membuat kita lebih fokus. Sambil-sambil tu boleh lah menyerlahkan kreativiti masing-masing…cewah.

Antara kebaikan menjahit ( tak kiralah jahit baju ke, jahit beg, sarung bantal, langsir dan sebagainya)

  • Lebih fokus dan sabar. Dari nak potong kain sampailah proses menjahit sampai siap, kalau tak fokus atau tak ada mood menjahit, memamg tak menjadi ler.
  • Menyerlahkan kreativiti. Bangga tak kalau fesyen baju atau design beg yang kita pakai tu hanya satu dalam dunia…haha
  • Jimat cermat. Bila dah boleh jahit barangan keperluan sendiri memang terasa penjimatannya. Bahan-bahan pun boleh pilih sendiri ikut selera. Nak kain jenis apa, nak zip besar atau zip sorok, nak potongan macam mana..semua boleh adjust.

Tapi perkara yang paling penting, nak kena improve skill dulu.
Belajar lah selagi boleh belajar…Semoga semangat ni tetap kuat dan maintain…..in shaa Allah. Aamiin.

Sekian. Wassalam.

Comments