Kacang Pool dan Roti
Assalamualaikum.
1 tin kacang foul (toskan dan ramas sehingga hancur) – boleh didapati di supermarket atau kedai menjual barangan makanan arab
1 biji bawang merah besar (kisar)
5 biji bawang merah kecil (kisar)
5 biji bawang putih (kisar)
1 inci halia (kisar)
1 1/2 sudu besar rempah kari
1/2 sudu teh serbuk ketumbar
1/2 sudu teh serbuk jintan manis
1/2 teh serbuk jintan putih
Garam & gula secukup rasa
![]() |
Kacang foul di kedai arab. Harga sebelum gst 🙂 |
Cara-cara:
Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan kisar sehingga agak-agak garing
Masukkan serbuk kari, serbuk ketumbar, jintan manis dan jintan putih
Bila dah agak-agak sebati dan garing, masukkan daging kisar (boleh tambah air dan tunggu sehingga daging empuk)
Bila daging dah masak, boleh masukkan kacang foul dan kacang panggang (kalau kuah pekat sangat, boleh tambah air lagi)
Tunggu sehingga masak dan kuah agak2 pekat
Masukkan gula dan garam secukup rasa
Bahan-bahan sampingan:
Telur goreng mata kerbau (goreng sampai garing-garing manja gitu)
Bawang besar (potong dadu)
Lada hijau dan lada merah (hiris kecil-kecil)
Limau kasturi (belah 2)
Makan kacang pool tanpa roti adalah ibarat lagu tanpa irama…(hoho..betul ke?)
Jadi kenalah cari jugak roti. Nak makan dengan roti apa pun boleh.
Tapi lagi best kalau roti yang dibuat sendiri. Lepas tu letak butter dan bakar.
Untuk resipi roti, sila lihat di sini. Tapi itu resipi wholemeal bread.
Cuma kalau nak buat roti putih, sila gantikan kesemuanya dengan tepung high protein (anggaran 300gm) dan tidak perlu menggunakan tepung wholemeal
![]() |
Roti putih, belum sapu butter lagi |
![]() |
Sedia untuk dimakan. |
Sekian. Wassalam
Comments
Post a Comment