Telur Mata Kerbau

 Assalamualaikum.

Jangan pandang sebelah mata pada telur mata kerbau. Kalau tak ada telur mata kerbau, mesti sajian harian bagi sesetengah orang tidak lengkap.

Contoh:

  • Hidangan nasi lemak waktu pagi tidak nampak sempurna tanpa telur mata kerbau.
  • Tengah hari pula, ada yang memilih hidangan nasi berlaukkan sambal telur goreng. Atau, kalau tekak nak sentuhan ala western, bolehlah makan benjo atau egg burger katanya.
  • Malam pulak, mana-mana yang rajin makan kat gerai ‘goreng-goreng’ mesti nak order nasi goreng USA. Rasa tak cukup lengkap pulak kalau tak ada telur mata!
Nama telur mata kerbau ini sebenarnya diadaptasi dari terjemahan bahasa Perancis (Eil de Beouf).
Di sesetengah tempat, ada cara dan etika tertentu untuk menggoreng telur ini, berdasarkan paras ‘kemasakan’ telur kuning semasa dihidangkan. Antaranya:
  • Over hard atau hard – telur digoreng garing di kedua-dua permukaan.
  • Over medium – Telur digoreng dan dibalik-balikkan sehingga telur kuning tidak lagi ‘bergoyang-goyang’ tapi masih lagi dalam keadaan setengah masak.
  • Over easy atau juga disebut runny – Telur digoreng, dan hanya dibalik sekali. Telur kuning masih dalam keadaan setengah masak. Ada juga yang memanggil telur ini sebagai sunny side down.
  • Sunny side up – Telur digoreng tanpa dibalik. Telur kuning masih dalam keadaan agak mentah. Seringkali juga minyak masak ditambahkan atau ‘disiram’ ke tempat telur kuning supaya tidak terlalu mentah.
  • Fried – Telur digoreng dan dibalik-balikkan, bahagian telur kuning dipecahkan dan dibiarkan sehingga betul-betul masak.
Ha…senang tak goreng telur?.. 😀
Sekian. Wassalam.

Gambar: Google

Comments