Book Smart vs Street Smart
Assalamualaikum
Suhaila, rakan lama saya. Kini sudah pun membuka restoran keduanya di Seremban. Memang dia sangat minat berniaga sejak dulu lagi.
Abdullah, rakan sekelas saya semasa di sekolah, kini adalah seorang usahawan. Siapa sangka dia sudah mempunyai perniagaan menjual perabut.Rose, juga sahabat lama saya. Kini hidup bahagia dengan bidang ‘Unit Trust’ yang diceburinya. Yang paling penting dia mempunyai pendapatan yang boleh dikatakan ‘stable’ dan mempunyai masa yang lebih ‘flexible’ dengan anak-anak.
Contoh-contoh di atas adalah kejayaan rakan-rakan saya yang kategorikan sebagai ‘street smart’ dan saya percaya mereka adalah orang-orang yang sangat cekal dan tabah.Gambar: Ihsan Google
Apakah maksud ‘Book Smart’ dan ‘Street Smart’?
Street Smart pula adalah golongan yang kebanyakannya belajar dan mendapat ilmu melalui pendidikan tidak formal. Pencapaian akademik mereka mungkin tidak secemerlang golongan Book Smart tetapi mereka diberi kelebihan dari segi daya ketahanan atau ‘survival mentality’ dan juga tahap ‘common sense’ yang tinggi.
Pelbagai pendapat telah saya baca mengenai Book Smart vs Street Smart ini. Contohnya, golongan Book Smart mengatakan bahawa kejayaan harus berdasarkan tahap pendidikan yang cemerlang, manakala golongan Street Smart pula yakin bahawa tanpa tahap pendidikan formal yang tinggi juga, mereka boleh mencapai kejayaan.Golongan Book Smart berpendapat, untuk mendapatkan pekerjaan yang bagus, kita harus mempunyai kelulusan akademik yang cemerlang. Namun begitu, orang-orang Street Smart pula mengatakan bahawa Steve Jobs dan Bills Gates mampu membina empayar perniagaan mereka walau tahap pencapaian akademik mereka tidak begitu cemerlang.
Kadang-kadang saya terfikir, sekiranya kita meletakkan golongan Book Smart ini dikalangan Street Smart, mampukah mereka untuk bersaing?
Contohnya, mampukah seseorang yang perjalanan hidupnya selama ini agak mudah, berbekalkan pencapaian akademik yang cemerlang dan akhirnya hidup aman damai dengan gaji bulanan yang tetap….tiba-tiba menceburkan diri dalam bidang perniagaan?Kadang-kadang saya terfikir, sekiranya kita meletakkan golongan Book Smart ini dikalangan Street Smart, mampukah mereka untuk bersaing?
Mampukah mereka untuk bersaing dengan golongan Street Smart yang biasanya lebih berpengalaman dan mungkin juga telah merasa pelbagai jenis pahit manis kehidupan.
Boleh atau tidak, saya tidak pasti
Walau apa pun saya percaya, kedua-duanya mempunya kelebihan yang tersendiri.
Sekian. Wassalam.
Comments
Post a Comment